Thursday, April 23, 2009

Program Kad Hijau CIDB

PELAN PERLINDUNGAN PERSONEL BINAAN BERKELOMPOK

Personal binaan yang memiliki Kad Hijau yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personnel Binaan Berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayarannya tertakluk kepada budibicara dan pertimbangan CIBD. Ianya bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada personnel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Ianya juga adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.

Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Hijau yang mencapai umur genap 16 tahun hingga genap 65 tahun sahaja. Masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia. Amaun manafaat adalah seperti berikut :

Kematian akibat kemalangan RM21,000.00
Kematian akibat sakit RM3,000.00
Belanja Pengkebumian RM 500.00
Keilatan kekal akibat kemalangan RM 18,000.00 (maksima)
Keilatan kekal seluruh badan akibat sakit RM 3,000.00
Manafaat wad hospital RM25.00/hari (maksimum 30 hari)

Tuntutan dibuat oleh pemilik/penama yang sah menggunakan borang UPPT-1 dengan lengkap. Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian. Kejadian/kemalangan berlaku semasa kad hijau masih sahlaku dan umur kurang dari 65 tahun. Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik kad hijau melanggar mana-mana peruntukan perundangan negara atau mana-mana negara.

Oleh itu, pemegang kad hijau dinasihatkan menjaga keselamatan dan kesihatan baik semasa bekerja atau pun di luar waktu bekerja. Pihak CIDB berhak menolak mana-mana permohonan yang diragui atau tidak memenuhi syarat-syarat tuntutan.