Tuesday, June 16, 2015

PROGRAM PERSONEL BINAAN ABM/CIDB BAGI MENDAPATKAN MATA CCD

Syarikat kami, UMC Resources secara rasminya telah dilantik oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM/CIDB) untuk mempromosi dan menjalankan program kursus yang dianjurkan oleh mereka seperti di atas bagi semua tred/bidang di mana setiap peserta kursus ditawarkan  mata point CCD. 

Untuk pengetahuan tuan/puan, kursus dijalankan selepas waktu kerja dan yuran bagi mengikuti kursus latihan kemahiran pembinaan ini akan ditaja sepenuhnya (percuma) oleh pihak CIDB sekiranya wakil/calon mempunyai Kad Hijau yang masih sah tempoh.

Kursus ini amat penting kepada syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB kerana bermula pada 1hb Januari 2010, tempoh pembaharuan perakuan pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia hendaklah disertakan dengan sejumlah pungutan mata CCD.

Jika ada kontraktor yang gagal mengumpul mata, mereka akan diberikan kelulusan bersyarat untuk tempoh satu tahun. Jika mata CCD masih gagal dikumpul dalam tempoh tersebut, permohonan pembaharuan perakuan pendaftaran berikutnya tidak akan diperbaharui sehingga jumlah mata CCD seperti yang ditetapkan dapat dikumpul.

Tempoh pembaharuan boleh dipohon antara satu tahun hingga tiga tahun;
Gred G1/G2 : 1 tahun (10 mata) – 2 tahun (20 mata) – 3 tahun (30 mata)
Gred G3/G4 : 1 tahun (20 mata) – 2 tahun (40 mata) – 3 tahun (60 mata)
Gred G5/G6 : 1 tahun (30 mata) – 2 tahun (60 mata) – 3 tahun (90 mata)
Gred G7       : 1 tahun (40 mata) – 2 tahun (80 mata) – 3 tahun (120 mata)

Sekiranya pihak tuan/puan ingin mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi pegawai kami di talian 019- 338 5660 
sekian, terima kasih.