Saturday, November 21, 2009

Sesi kelas BOM-1 pada bulan Nov 2009

Hari pertama 
Pengenalan kursus dan teori sillibus siling gantung.



















Amali siling gantung.































Hari kedua 
Sesi pembelajaran Pendawaian Elektrik


































Hari Ketiga
Sesi pembelajaran Plumbing

























Hari Keempat
Sesi Pembelajaran Penghawa Dingin






















Hari Kelima 
Sesi Ujian Teori

























Thursday, April 23, 2009

Program Kad Hijau CIDB

PELAN PERLINDUNGAN PERSONEL BINAAN BERKELOMPOK

Personal binaan yang memiliki Kad Hijau yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personnel Binaan Berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayarannya tertakluk kepada budibicara dan pertimbangan CIBD. Ianya bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada personnel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Ianya juga adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.

Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Hijau yang mencapai umur genap 16 tahun hingga genap 65 tahun sahaja. Masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia. Amaun manafaat adalah seperti berikut :

Kematian akibat kemalangan RM21,000.00
Kematian akibat sakit RM3,000.00
Belanja Pengkebumian RM 500.00
Keilatan kekal akibat kemalangan RM 18,000.00 (maksima)
Keilatan kekal seluruh badan akibat sakit RM 3,000.00
Manafaat wad hospital RM25.00/hari (maksimum 30 hari)

Tuntutan dibuat oleh pemilik/penama yang sah menggunakan borang UPPT-1 dengan lengkap. Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian. Kejadian/kemalangan berlaku semasa kad hijau masih sahlaku dan umur kurang dari 65 tahun. Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik kad hijau melanggar mana-mana peruntukan perundangan negara atau mana-mana negara.

Oleh itu, pemegang kad hijau dinasihatkan menjaga keselamatan dan kesihatan baik semasa bekerja atau pun di luar waktu bekerja. Pihak CIDB berhak menolak mana-mana permohonan yang diragui atau tidak memenuhi syarat-syarat tuntutan.

Wednesday, March 18, 2009

Kursus Penyelenggaraan Bangunan (Building Operation Maintenance- BOM) BM1



Kursus ini adalah bersesuaian sekali dengan peserta yang terlibat dan berminat di dalam bidang kerja Pembaikan Bangunan (Building Maintenance).

Di dalam kursus ini peserta akan didedahkan tentang cara pengurusan kerja yang betul mengikut sukatan yang diiktiraf oleh CIDB iaitu Construction Industrial Skill Standard (CISS).

Peserta akan diberi latihan teori dan amali dalam jangkamasa yang diberikan selama 5 hari.

Kursus ini merangkumi beberapa asas bidang kerja kemahiran, antaranya:

i) Plumbing.
ii) Pendawaian Elektrik.
iii) Penyaman & Pendingin Udara.
iv) Siling Gantung.

Hari Pertama.
Sesi pembelajaran asas kerja-kerja pemasangan Plumbing












































































Hari Kedua.
Sesi pembelajaran asas kerja-kerja pendawaian Elektrik


































































Hari Ketiga.
Sesi pembelajaran asas kerja-kerja menservis Penghawa Dingin

















Hari Keempat.
Sesi pembelajaran asas kerja-kerja pemasangan Siling Gantung (Suspended Ceiling)




Hari Kelima.
Ujian Teori berkaitan kursus yang dijalankan.